Home » » Tips Asas Jadi Pemimpin Yang Disegani

Tips Asas Jadi Pemimpin Yang Disegani


Menjadi pemimpin yang dihormati dan berjaya di tempat kerja bukanlah sesuatu tugas yang senang? Seorang pemimpin haruslah menyiapkan diri dengan cabaran yang bakal ditempuhi kerana lain organisasi lain pula budaya dan kerenah pegawai-pegawai serta staf bawahan.

Jom tengok tips yang boleh dilakukan bagi membantu anda untuk jadi pemimpin yang disenangi oleh staf anda:-


1. Jangan takut buat silap 
Kita kerap melakukan kesilapan. Jadi belajarlah dari kesilapan dari masa ke semasa. Elakkan dari mengulangi kesilapan yang sama. Anda jangan cuba menyorokkan sesuatu dengan menipu mereka. Lama kelamaan ia akan terbongkar juga.

2. Libatkan semua orang.
Jangan buat kerja seorang diri. Ia bukan sahaja memenatkan kita, tetapi orang lain juga terasa mereka diabaikan. Mereka tidak akan rasa dihargai kewujudannya .Walau apapun jawatan dan kedudukan, mereka semua ada potensi untuk memberikan idea dan pendapat yang kreatif. Jadi libatkan semua orang dalam membuat sesuatu perancangan atau projek.

3. Jadilah seorang yang fleksibel dan adaptif 
Anda perlu ada kemahiran mempelajari sesuatu dengan pantas dan mengubahsuainya mengikut keperluan semasa. Bekerjasamalah dengan orang lain. Mereka mungkin dapat membantu. Tiada gunanya meninggi diri dan ego tidak bertempat.

4. Miliki visi yang berpandangan jauh.
Ini termasuklah visi untuk diri sendiri, pasukan dan organisasi anda. Pakejkan visi ini dan berkongsilah dengan orang lain dalam organisasi. Berikan penekanan terhadap visi pada setiap peluang yang anda perolehi. Adakah ia selari ataupun sebaliknya?


5. Berilah latihan dan peningkatan diri 
Luangkan banyak masa untuk membuat kerja ini kerana ia seperti satu pelaburan jangka panjang. Kita boleh melatih mereka dengan cara seminar, bengkel, taklimat, pengalaman bersama, serta mengajaknya melakukan sesuatu yang baru.

6. Sanggup ambil risiko 
Anda seharusnya berani mencuba idea-idea baru yang berpotensi. Risiko sebanarnya ada dimana-mana. Yang membezakannya hanyalah adalah samada besar ataupun kecil. Menyahut cabaran bermakna anda bersedia mengambil risiko. Dan mereka yang gagal menyahut cabaran biasanya tidak akan melakukan perubahan dan tidak dipandang orang.

7. Berikan dorongan kepada orang lain untuk kreatif dan inovatif 
Ini adalah kunci perubahan jika anda ingin mara lebih jauh ke hadapan. Relakan diri anda untuk dipengaruhi oleh idea-idea baru.

8. Galakkan kerja berpasukan 
Jangan mengongkong dan menghalang mereka kerja bersama. Berilah autonomi dan autoriti jika mereka memerlukan sedemikian (dan jika keadaan mengizinkan). Dengan cara itu, mereka akan menjadi lebih berdikari.

9. Beri ganjaran 
Berilah ganjaran kepada mereka jika mereka dapat melakukan sesuatu tugas dengan baik. Ada banyak jenis ganjaran termasuk pujian, sanjungan, bonus, kenaikan pangkat, anugerah, tambah gaji dan sebagainya. Apa yang penting gunakan kuasa GANJARAN. Ini adalah satu bentuk motivasi yang amat berkesan.

1 comments:

  1. Tips yang sangat bermanfaat untuk jadi pemimpin dalam dunia kerja

    ReplyDelete