Home » » Cara Pakai Tudung Ikut Bentuk Muka

Cara Pakai Tudung Ikut Bentuk Muka


Cara Pakai Tudung Ikut Bentuk Muka
Pemakaian tudung sudah menjadi satu kelaziman di kalangan wanita Islam di negara ini dalam memenuhi tuntutan menutup aurat sebagaimana yang telah disyariatkan. Tanpa meminggirkan niat asal tersebut dan seiring dengan perkembangan semasa, tudung menjadi sebahagian elemen fesyen yang sedikit sebanyak berperanan meningkatkan penampilan diri wanita muslimah. Berikut merupakan pemilihan tudung yang sesuai mengikut bentuk muka.

Bentuk Muka Oval

Biasanya boleh dikatakan bentuk idaman. Oleh itu,dalam menggunakan tudung, bentuk muka yang lain memerlukan sentuhan khusus supaya dapat mendekati bentuk muka oval. Sementara itu,bagi anda yang mempunyai bentuk muka oval pula, anda bebas memilih gaya bertudung, bahkan dapat mengelakkan daripada menggunakan hairband. Jadi jika anda penggemar selendang, anda bebas untuk menggunakan apa juga jenis selendang dan boleh memilih untuk menggunakan anak tudung atau pun tidak.

Bentuk Muka Petak/Kotak

Ciri bentuk muka petak adalah lebih lebar di antara pelipis dan antara pangkal rahang lebih kurang sama, tulang rahang yang dilihat dengan jelas namun bahagian dagu kelihatan samar. Dalam mengenakan tudung,bahagian tulang rahang dapat disembunyikan disebalik tudung dan gunakan hairband supaya kesan bentuk wajah nampak memanjang. Mereka yang mempunyai bentuk muka ini, perlulah bijak menggayakan selendang. Stail Selendang Bienda atau ikatan di belakang tengkuk perlu dielakkan kerana gaya selendang ini tidak dapat menyembunyikan bahagian tulang rahang yang lebar. Pilihlah gaya selendang yang menjurus kepada gaya lilitan.

Bentuk Muka Panjang

Seperti bentuk muka segi tiga,mereka yang mempunyai bentuk muka panjang ini dicirikan dengan dagunya yang panjang. Bezanya adalah bentuk kening yang lonjong dan relatif lebih tinggi dengan jarak pelipis yang sama dengan jarak rahang. Bagi mengurangkan kedudukan kening yang tinggi, disarankan menggunakan anak tudung yang kedudukannya diletakkan ke bawah sedikit sehingga menutupi bahagian kening . Penggunaan anak tudung syiria bersama selendang adalah disarankan buat mereka yang memiliki bentuk muka panjang kerana ia dapat membantu kamu menutup sedikit bahagian kening yang tinggi. Seperti mereka yang mempunyai bentuk muka oval, semua jenis selendang sesuai digayakan.

Bentuk Muka Segitiga

Dagu panjang adalah ciri utama bentuk muka segi tiga,ditambah dengan jarak pelipis yang lebih lebar dibandingkan dengan jarak pangkal rahang.Gunakan tudung yang ditarik sejauh mungkin ke belakang dan bertemu ditengkuk agar bahagian rahang tampak terbuka.Untuk mengisi bahagian yang kosong di sebelah kiri dan kanan telinga disarankan menggunakan anak tudung seperti hairnet.Bagi membolehkan bahagian kening terangkat gunakan headband sebelum menggunakan anak tudung tersebut. Buat mereka yang mempunyai bentuk muka segi tiga penggunaan selendang bukanlah satu masalah kerana mereka menghampiri bentuk muka oval.Bagaimanapun, cara pemakaian selendang haruslah diperhatikan agar jarak pelipis yang lebih lebar berbanding jarak pangkal rahang tidak kelihatan nyata.Gaya selendang harus menjurus kepada gaya pintalan atau gaya sanggul lebih sesuai kerana ia dapat membuatkan bahagian rahang tampak lebih terbuka.



Bentuk Muka Bulat

Bentuk muka bulat dicirikan dengan jarak dahi ke dagu sama dengan jarak kedua-dua pelipis serta tulang rahang yang bertimbung di pipi.Mereka yang mempunyai bentuk muka ini disarankan menggunakan hairband terlebih dahulu sebelum menggunakan anak tudung.Pilihla anak tudung yang diperbuat dari bahan yang lebih anjal supaya ukuran kepala tidak kelihatan bertambah.Hairband yang digunakan akan membayangkan keluar dan menampakkan bentuk muka yang memanjang.Bagi pemilihan selendang,disarankan memilih selendang yang mempunyai fabrik yang nipis agar ukuran kepala tidak kelihatan bertambah apabila digayakan.Selandang pashmina nipis atau pashmina mini sangat sesuai digayakan mereka yang mempunyai bentuk muka bulat.Bagaimanapun , disarankan menggunakan anak tudung bawal sebelum mengenakannya agar bentuk muka kelihatan bujur.

sumber:edisikini

6 comments:

  1. isn't it better and more informative and helpful if you attach along some example pictures of the style that's been said? =/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa bentuk muka awak?

      Delete
  2. Salam haii kak, memang bestlah baca blog akak rasa tertarik nak cuba,hehe..kalau free jom jalan-jalan di blog saya

    dorajimi.blogspot.com

    nice.. :)

    ReplyDelete
  3. yaaa, lebih bagus tunjuk gambar pemakaian tudung tersebut

    ReplyDelete