Home » » Sinopsis Filem Hantu Bonceng

Sinopsis Filem Hantu Bonceng


Sinopsis Hantu Bonceng:- Cerita mengisahkan Amran seorang budak Delivery yang gemar berlumba secara haram motor Drag. Satu hari selepas memenagi satu perlumbaan, Amran telah di hadiahkan seorang Bohsia bernama Maya sebagai habuan perlumbaan. Malang tidak berbau, di ketika Amran hendak membawa bohsia yang memboncengnya itu keluar dari port, mereka telah kemalangan dan Bohsia tersebut mati ditempat kejadian.
Sejak kejadian itu Amran sering diganggu dengan hantu Maya yang meminta Amran sempurnakan mayatnya. Amran cuba mendapat bantuan kawan karib nya Kunyit untuk membantunya menjejak keluarga Maya yang sehingga kini masih menjadi misteri setelah Halimaton kekasih Amran seorang jururawat enggan membantu Amran sebab marahkan atas kecurangan Amran terhadapnya.
Berbagai cara Amran lakukan untuk menyelesaikan gangguan daripada Maya itu. Dari berjumpa bomoh hinggalah ke seorang ustaz. Tanpa Amran sedari dia mula berubah menjadi seorang yang lebih baik dan mula menginsafi atas kelakuan buruknya sebelum ini.
Halimaton mula menerima semula Amran setelah melihat perubahan positif padanya. Tapi tanpa diduga Ayu muncul dalam hidup Amran. Apa yang akan jadi pada Halimaton dan siapakah sebenarnya Ayu? Semuanya akan terjawab di penghujung cerita Hantu Bonceng.
Tajuk Filem:
Hantu Bonceng
Pengarah:
Ahmad Idham
Penerbit:
Excellent Pictures Sdn. Bhd.
Dipawagam:
31 Ogos 2011
Pelakon Hantu Bonceng:
Zizan Raja Lawak
Juliana Evans
Jue Aziz
Taiyuddin Bakar

10 comments:

  1. tuh d..nama nadai part dua ..d skull sigi nangka porm 1 jak piak??? entik d nda nemu gira padah so aku neh!!!

    ReplyDelete
  2. d kaban ..ang gisin ke diri nemu utai...aku ke pho tok nda isin baka d ...aku skulah suba sampai skull cempedak....ukai nangka

    ReplyDelete
  3. lorh...nie bahasa apa lak nie org kat atas nie dok merapu.x paham aku

    ReplyDelete
  4. full movie xde ke ? mcm ni tak best lah tengok

    ReplyDelete
  5. kenape aku download pastu xley bukak nie . . hmmm

    ReplyDelete
  6. tukar nama file kat belakang 2

    hantubonceng.karl jadi

    hantubonceng.mkv

    ReplyDelete
  7. Hantu Bonceng telah pun menemui peminat filem tanah air pada 31 Ogos lepas sempena sambutan kemerdekaan dan sambutan aidilfitri. Lakonan hebat Zizan Raja Lawak, Juliana Evans, Jue Aziz dan ramai lagi telah pun memeriahkan kamu semua.


    Filem arahan Ahmad Idham mengisahkan Amran yang gemar berlumba haram yang tiba-tiba terlibat dalam satu kemalangan yang meragut nyawa gadis yang memboncengnya. S Amran yangejak itu, gadis yang tidak tenteram itu menghantui Amran dan Amran meminta kekasihnya, Halimaton dan rakannya Kunyit sempurnakan mayat gadis tersebut.


    Namun filem ini dikritik kerana kontroversinya dimana dalam satu adegan Hantu Bonceng, Zizan jelas menghina Rasulullah SAW dengan menyebut “Ashaduanna Muhammadar Syaitan” yang membawa maksud “Aku naik saksi bahawa Muhammad itu Syaitan”. Ditambah dengan mempersendakan azan, memakai baju ada tanda salib death note ke masjid dan beberapa isu tahyul seperti bogel depan hantu.


    Zizan telah pun tampil meminta maaf atas kesilapannya menghina Rasulullah dalam filem tersebut dalam Twitternya.

    ReplyDelete
  8. Klu gna amdroid mcm mna nk download?

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete