Home » » Gambar KLIA 2 Atau LCCT Baru

Gambar KLIA 2 Atau LCCT Baru


Lapangan Terbang Tambang Murah Terbesar Dunia - KLIA 2 bagi menggantikan LCCT 



 persaingan dalam arena globalisasi memerlukan Malaysia untuk lebih menonjol dalam semua hal. Dah lama Malaysia menyepikan diri dalam menyinarkan Malaysia di persada dunia in the field of building development.

Untuk rekod, Malaysia pernah menempa nama dengan pembinaan menara berkembar Petronas yang menjadi menara tertinggi dunia selama 6 tahun, dan sekarang that twin tower still hold as the tallest twin tower in the world (So proud of you). The best part is, most of the reviews menyatakan bahawa Petronas Twin Tower adalah bangunan yang awesome dengan rekaan 8 penjuru dari asas kesenian Islam.

Dan, pembinaan KLIA yang dulunya pernah menjadi isu besar kerana kos kini telah meletakkan Malaysia sebagai hub pelancongan, perdagangan dan pengangkutan utama asia tenggara (but still cannot challenge Changi Airport, Singapore); dan KLIA merupakan lapangan terbang ke-9 terbaik dunia bagi tahun 2011 dengan anugerah pengurusan imigresen terbaik dunia.

Dan sekarang, KLIA2 kini bakal menjelma untuk menempatkan lapangan terbang tambang murah terbesar dunia. Harap semua orang tahu yang AirAsia merupakan penerbangan tambang murah terbaik dunia dan KLIA2 akan menjadi hub utama untuk AirAsia.

Menggantikan LCCT lama yang serba gudang, serabut, semak, bercelaru dengan sistem yang serba berterabur, KLIA2 yang serba moden mampu menguruskan 30juta penumpang setahun dengan pelbagai kemudahan yang serba canggih.

KLIA2 akan dihubungkan dengan KLIA Express dari KLIA dan Kuala Lumpur Sentral, menjimatkan masa jika dibandingkan dengan menggunakan SkyBus, namun, kosnya akan berkali ganda mahal.

Bahagian paling interaktif dalam rekaan KLIA2 ialah, fly over nya yang merentasi lapangan terbang. Skybridge dengan ukuran 300 meter yang menghubungkan terminal domestik dan antarabangsa adalah skybridge yang terpajang di rantau asia dan ke-tiga terpanjang di dunia.

KLIA2 juga bakal menempatkan kawasan ruang niaga terbesar dunia iaitu seluas 70,000 meter persegi, lebih besar dari shopping mall di Changi Airport, Singapore.

Lapangan terbang ini dijadualkan siap pada Oktober 2012, namun dianjakkan ke April 2013 kerana terdapat pengubahsuaian pembinaan dengan tambahan kos dari RM2.8billion ke RM4.0billion keseluruhan projek.

Setelah siap, pihak Malaysia Airport Holdings Bhd (MAHB) akan menaikkan cukai airport sebanyak 25% dari kadar sekarang manakala charge untuk skybridge adalah sebanya 25sen seorang yang akan dicaj bersama tiket penerbangan.

Sumber: Super Smart











0 comments:

Post a Comment