Buah Katak Puru / Nam Nam

Buah katak puru? Kenapa namanya begitu? Begitulah gelaran yang dipanggil kepada buah nam-nam kerana mempunyai kulit luaran yang kurang menarik dan menggerutu.

Walaupun nama dan bentuk luarannya tidak secantik buah-buahan yang lain, namun bagi mereka yang biasa merasai buah ini tentu membuatkan air liur terasa kecur.

Buah ini memang sedap dicicah dengan sambal kicap, garam atau kuah rojak. Ada juga yang membuat sambal ikan dengan menumbuk ikan dan cili bersama-sama buah katak puru.

Memang sedap jika dimakan bersama nasi yang masih panas. Malah, bukan itu sahaja, buah yang kaya dengan vitamin C ini juga boleh dijadikan jus.

Buah nam nam yang bersaiz di antara lima hingga enam sentimeter (cm) ini mempunyai rasa masam kelat ketika muda dan akan berubah menjadi masam manis apabila masak.

Bijinya pula berbentuk leper. Selain dimakan segar, daun dan buah nam nam juga mempunyai khasiat perubatan.

Kebanyakan orang-orang terdahulu mempercayai dengan memakan buah dan pucuk pokok ini dapat mengubati penyakit darah tinggi dan kencing manis.

Ada juga yang menjadikannya ramuan dalam ubat bagi merawat batu karang. Selain itu, daunnya juga boleh dikeringkan dan dijadikan seperti minuman teh.

Pokok nam nam atau nama saintifiknya Cynometra Cauliflora merupakan tumbuhan unik kerana berbunga dan berbuah di batang.

Pokok yang dikatakan berasal dari Borneo ini mempunyai ketinggian di antara tiga hingga enam meter (m) sahaja.

Pokok ini masih lagi ditemui di Semenanjung Malaysia terutama di kawasan Utara dan Pantai Timur. Pokoknya mudah tumbuh melalui kaedah tanaman biji ataupun tut.

Ia memerlukan kawasan yang bersaliran baik dengan sinaran matahari yang cukup untuk tumbuh subur

Cara Bank Buat Duit

Pernahkah anda terfikirkan selama ini telah diperbodohkan oleh bank? atau anda tak pernah berurusan dengan bank?

Zaman ini tak ada orang boleh terlepas dari berurusan dengan bank kecuali dia ‘kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang’.

Orang macam tu tak perlukan bank untuk simpan duit. Kalau perlupun mungkin sebagai tempat berteduh di kala malam apabila mencari pot untuk tidur.

Secara umumnya kita semua tak dapat lari dari bank. Ramai yang rasa bank banyak membantu kehidupan kita dan ada ramai juga yang tak rasa apa-apa sebab main ikut saja apa yang orang lain buat.

Mungkin anda tak pernah terasa yang bank telah memperbodohkan anda selama ini. Barangkali selepas membaca tulisan ini, anda akan rasa betapa bank mempergunakan orang yang diperbodohkan untuk kaut keuntungan.

Anda simpan duit dalam bank

Bank tak wujud kalau tak ada orang simpan duit dengannya. Melalui duit yang kita simpan itulah dia gunakan pula untuk kasi orang lain pinjam.

Dalam ertikata sebenar, kita telah memberikan pinjaman pada wang sebagai modal untuk dia berniaga. Biasanya modal yang kita keluarkan sudah tentu ada pulangannya.

Katakan pulangan yang anda dapat dengan meletakkan RM50 ribu adalah 5% setahun dengan kadar tetap berdasarkan jumlah pokok RM50 ribu yang telah diberikan. Andaikan juga anda letakkan duit tersebut dalam tempoh selama 5 tahun.

Bank akan membayar balik pada anda sebanyak RM50 ribu + 5% x 50 ribu x 5 tahun = RM62,500. Anda mendapat keuntungan sebanyak RM12,500 dalam tempoh lima tahun.

Jika bank membuat pembayaran secara bulanan, keuntungan yang anda akan terima adalah berjumlah lebih kurang RM208 sebulan.

Ok! itu semua kiraan mudah dan diharap anda faham.

Sekarang andaikan pula anda saban bulan akan keluarkan wang yang disimpan itu sebanyak RM833 sebulan.

Bulan berganti bulan, tahun berganti tahun sehingga di bulan terakhir dalam tempoh 5 tahun itu baki yang ada dalam simpanan anda hanyalah sejumlah RM834 sahaja.

Walaupun jumlah hanya tinggal sebanyak itu, bank masih tetap memberikan keuntungan sebanyak RM208 pada bulan yang terakhir tersebut!!!

Tidakkah itu sesuatu yang cukup menguntungkan?

Apakah anda rasa ada bank di negara kita atau di mana-mana sahaja di dunia ini yang akan melakukan perkara sebegitu untuk anda?

Saya dengar jawapan anda!, “hanya taukeh bank yang bodoh sahaja yang akan berbuat begitu!”…betul tak?

Memang betul! tak ada bank yang sebodoh itu. Jika anda masukkan wang untuk mendapat ganjaran, syaratnya adalah wang itu mesti kekal dalam jumlah yang sama untuk mendapat hasil pulangan seperti yang dikira di atas.

Bank beri duit pada anda

Sekarang mari kita kira pula senario terbalik di mana bank telah meminjamkan pada anda sejumlah RM50 ribu untuk anda membeli sebuah kereta baru.

Untuk memudahkan pengiraan, kita andaikan keuntungan yang sama dikenakan oleh bank dalam tempoh yang sama berdasarkan jumlah pokok iaitu RM50 ribu.

Apa yang anda perlu lakukan adalah membuat bayaran sebanyak RM833 sebulan ditambah dengan keuntungan sebanyak RM208 sebulan (bersamaan RM1,041 sebulan).

Bulan demi bulan, tahun demi tahun anda bayar pada bank sehinggalah jumlah duit kepunyaan bank yang diberikan pada anda berbaki sebanyak RM834.

Dan pada bulan terakhir itu juga anda tidak ada pilihan selain dari tetap membayar RM1,041 di mana keuntungan masih tetap diberikan dalam jumlah RM208.

Ok! sekarang agaknya ada tak orang yang bodoh yang akan melakukan perkara sebegitu pada bank?

Jawapannya sudah tentu ada…ya anda dan juga saya dan kebanyakan mereka yang meminjam duit bank untuk membeli kereta atau membuat pinjaman untuk perkara lain dengan terma dan syarat yang sama.

Tidak anda rasa itu kerja bodoh?

Namun begitu, kita tetap amalkannya kerana bank memerlukan orang-orang yang bodoh sebegitu untuk mengaut keuntungan yang besar.

Tak perlu dinyatakan di sini tekanan-tekanan lain seperti cagaran, kereta atau barangan kena tarik dan dilellong dan lain-lain lagi….

Mungkin sekarang anda sedar kenapa orang seperti Teh Heong Piaw, pemilik Public Bank kaya raya berbillion-billion dan pendapatannya adalah RM 1 juta sebulan!

Nah! memang bank telah memperbodohkan kita…!

oleh mohd shubhi

Cara Mengatasi Cerewet

Sikap cerewet sebenarnya bukanlah perkara baru. Lebih-lebih lagi antaranya yang suka berlagak diva atau perasan dirinya bagus daripada orang lain. Perangai cerewet tak tentu fasal ini boleh membuat­kan orang meluat.

Biasanya, orang cerewet tidak akan menyedari dirinya cerewet, namun orang di sekitar yang biasanya menjadi korban tempias kata-kata sinis dan bebelan yang tiada henti itu.

Cerewet sebenarnya adalah satu bentuk kemarahan yang dilontarkan dengan cara perlakuan atau percakapan dan dilakukan seseorang kepada orang lain. Selain itu, ia juga boleh diungkapkan sebagai rasa tidak puas hati terhadap sesuatu kerana ia tidak mencapai tujuan dan kepuasan dirinya. Keinginan yang tidak dipenuhi juga menjadi faktor utama sikap ini.

Menjadi seorang yang cerewet ini ada baik dan ada buruknya. Yang baik akan terkena ke atas tuan empunya badan dan yang buruknya pergi kepada orang sekeliling. Namun keadaan ini bergantung. Sekiranya orang di sekeliling juga jenis cerewet ataupun tak kisah, pastilah dia tak akan rasa menyusahkan. Tapi jika berdepan dengan individu berbeza yang perwatakan lebih rileks, si cerewet tadi akan dilihat menjengkelkan.

Dikatakan, sikap cerewet yang timbul mungkin kerana seseorang itu menginginkan sesuatu dalam keadaan sempurna sedangkan manusia dicipta dengan serba kekurangan.


Siapa lebih cerewet?

Jika disebut pasal cerewet, sinonimnya akan dikaitkan dengan wanita. Kebiasaan yang selalu kita dengar, wanita dikatakan cerewet berkaitan perihal kecantikan dan penampilan diri, kebersihan, kekemasan rumah dan termasuklah pemilihan keperluan seperti pakaian dan barang keperluan. Tapi bagaimana pula lelaki?

Jangan pura-pura merasakan diri seorang yang sederhana, wahai jejaka! Sebenarnya, ramai juga lelaki perwatakan cerewet. Tetapi mereka jarang menonjolkan sikap ini kerana ia hanya boleh dilihat dalam situasi tertentu. Contohnya, cerewet dalam hal berkaitan kenderaan adalah biasa.

Namun lebih menarik apabila ada sebahagian daripada mereka lebih cerewet daripada wanita. Isu seterika baju hingga perlu timbulkan garisan sering disuarakan si isteri, isu masakan kurang sedap juga menjadi cabaran bagi mereka yang sudah berkeluarga.

Bukan orang dewasa saja, kanak-kanak juga tidak terkecuali daripada sikap ini. Ada berpendapat, si kecil hari ini lebih cerewet daripada orang dewasa dalam memilih makanan? Walaupun si ibu menyediakan masakan yang sedap, si kecil akan menolak ke tepi dan tetap berkeras enggan memakannya. Jika menjamah pun hanya sedikit manakala selebihnya dibuang begitu saja.

Namun dalam sesetengah hal, perlu ada sikap ini dalam diri. Sebagai pengguna, kita harus cerewet dalam membeli dan pentingkan kualiti supaya tidak sewenang-wenangnya ditindas peniaga. Sikap seperti ini yang banyak dipraktikkan masyarakat Eropah, sekali gus menjadikan mereka sebagai pendesak yang kuat untuk mengelakkan kenaikan harga barang pada musim perayaan contohnya.


Apa perlu buat?

Ada kalanya untuk menghadapi teman yang cerewet, suka mengatur atau mengarah itu ini boleh buatkan kita kesal dan meluat. Daripada marah dan bermasam muka, kajian dilakukan Kolej Baruch, City University of New York menyarankan cara terbaik untuk menghadapi orang yang menjengkelkan adalah dengan mendiamkan diri. Alihkan pandangan dengan ubah topik lain atau anda lakukan aktiviti lain seperti menonton televisyen dan sebagainya.

Dikatakan, kondisi mental seseorang akan lebih sihat jika dia mendiam­kan diri atau berusaha untuk menghentikan pembicaraan dengan mendiamkan diri daripada terus berbicara dan melayan kerenah orang yang membuatkannya berasa jengkel. Selain itu, difahamkan, si cerewet selalunya cenderung bercakap laju tetapi lambat bertindak.

Sejak kecil hingga dewasa kita selalu diajar orang tua, guru dan motivator untuk sentiasa berusaha jadi pemenang, namun dalam situasi berdepan dengan si cerewet, tak ada salahnya untuk mengalah. Jika si dia membebel tak puas hati itu ini, seeloknya ambil tindakan yang boleh redakan ketidakpuasan hatinya. Mengalah tak bermaksud anda kalah. Berjaya membuat keadaan kembali normal tanpa ada pertengkaran atau pergaduhan, itu menjadikan anda seorang pemenang tanpa disedari.


Cuba elak

Semua orang mempunyai sikap cerewet terhadap sesetengah perkara. Jika ia bersebab dan munasabah seperti perihal makanan dan kebersihan, tak akan ada yang melenting dan mempersoalkannya. Namun elakkan diri untuk terjebak dengan sikap cerewet yang tak berasas contohnya cepat bengang sekiranya rakan sekeliling berborak panjang atau mudah menyinga sekiranya makanan dipesan lambat siap.

Apabila banyak bergaul dengan orang sekeliling maka kita akan bertemu dengan pelbagai kerenah manusia. Ada yang nampak baik, tapi bila ada hal sensitif akan terus melenting, tak kurang juga yang cerewet. Pendek kata sebut pasal sikap, ada pelbagai sikap positif dan negatif dan cerewet banyak dikaitkan dengan negatif.

Umpamanya, jika tidak berkenan di mata semua benda akan dikritik. Pada pandangan penulis, memang tidak salah menegur untuk kebaikan, namun janganlah semuanya dilihat salah. Sama juga dalam hal pemberian. Apabila pemberian orang lain tidak berkenan di hati maka dia akan mengata itu ini dan bukannya mahu bersyukur atau berterima kasih kepada orang yang sudi memberi.

Sikap seperti ini boleh dikategorikan sebagai melampau dan kita perlu elakkan supaya tidak sebati dalam diri. Jika kita benci melihat orang cerewet terhadap sesuatu tak relevan dan remeh, janganlah kita pula bersikap sedemikian jika tidak mahu dipandang jelek.

Kadang-kadang apabila diri terlalu cerewet kita akan terpinggir. Orang sekeliling akan menjauhkan diri. Oleh itu dalam menjaga persahabatan atau perhubungan dengan keluarga atau masyarakat, janganlah terlalu menunjukkan kita ini begitu dominan.

tags:menangani mertua cerewet,ibu mertua cerewet,mak mertua cerewet,kenapa wanita cerewet,suami,bos,menghadapi suami yang cerewet,suami cerewet makan,penyakit cerewet,pasangan cerewet,

Antisosial pada pagi Syawal

Anti sosial lebih banyak dikaitkan dengan remaja yang lebih senang bersendirian dan berinteraksi bersama gajet seperti telefon bimbit dan komputer riba berbanding masyarakat sekeliling.

Mereka yang termasuk dalam golongan antisosial akan rasa sukar untuk berkomunikasi dengan dunia realiti dan kelihatan kaku terutama apabila diajak bersembang dengan saudara-mara yang bertandang ke rumah.

Namun apabila berinteraksi di dunia maya, mereka boleh dilabel antara golongan yang hebat dalam mengeluarkan hujah dan fakta tapi apabila di dunia sebenar, mulut bagaikan terkunci rapat dan tangan aktif menekan punat telefon bimbit.

Malah tidak hairanlah meskipun pada zaman kecanggihan teknologi, ada remaja yang lebih ‘rela’ memandang skrin telefon bimbit lebih lama daripada memandang wajah saudara-mara. Situasi ini membuatkan semangat beraya dan ikatan persaudaraan itu tidak dapat dipupuk semasa Aidilfitri.


Sikap antisosial ini jelas kelihatan ketika sambutan hari raya di mana ketika tetamu bertandang ke rumah tetapi ‘tuan rumah’ pula ligat muat naik gambar, menukar status dan menukar profil gambar di Instagram yang mudah diakses menerusi telefon bimbit sehingga boleh menyebabkan tetamu berkecil hati.


Apabila si antisosial tidak membuang sikap buruk mereka itu, akan timbul kesan seperti kurangnya keharmonian dalam kekeluargaan dan kemampuan dalam bersosial di dunia luar. Bahkan mereka merasakan berinteraksi di laman sosial lebih menyeronokkan dan mudah berbanding secara bersemuka.

Kemodenan teknologi yang pelbagai membuatkan ramai remaja bersikap antisosial. Mereka dilabelkan antara golongan yang cenderung untuk bersikap tidak ambil pusing ­dengan keadaan sekeliling dan lebih gemar mengutamakan gajet kerana berupaya meneroka apa saja di Internet dengan istilah ‘dunia tanpa sempadan’.

Tidak dapat disangkal lagi, laman sosial membantu dan mempermudahkan penggunanya untuk berinteraksi dengan orang lain tidak kira sahabat, keluarga, saudara-mara atau mereka yang tidak dikenali.

Namun pengaruhnya terhadap remaja menyebabkan mereka tidak menghiraukan ahli keluarga tanpa mengira waktu walaupun pada musim perayaan yang sepatutnya diluangkan bersama sanak saudara.

Dua laman sosial iaitu Facebook dan Twitter paling mendapat tempat di hati pengguna Internet khususnya remaja dengan statistik paling ramai. Kedua-duanya memiliki jutaan pengguna dan makin bertambah setiap hari. Ini antara sebab yang membuatkan anak muda alpa dan tidak peka dengan keadaan sekeliling kerana terlalu khusyuk mengakses laman sosial terbabit.

Sikap antisosial yang suka menyendiri umum­nya berpunca daripada sikap ketagih teknologi yang berkait rapat dengan gajet.

Apabila individu terjebak dengan virus antisosial ini, ia secara tidak langsung membuatkan dia dipulaukan keluarga, rakan dan masyarakat sekeliling kerana kurang berkomunikasi dengan mereka. Fenomena ini tidak terkecuali berlaku pada pagi Syawal.

Difahamkan, sebab utama sikap antisosial ini wujud dalam diri seseorang kerana kurang bijak membahagiakan masa di dunia maya dan realiti.


Adab menerima tetamu

Pelbagai adab yang perlu anda ketahui ketika beraya di rumah rakan ketika Aidilfitri. Anda mungkin terlupa adab sebagai tetamu dan adab melayan tetamu yang datang ke rumah.


1. Memberikan layanan yang baik

Seharusnya tetamu dilayan dengan baik dan tanya khabar tetamu yang datang ke rumah ketika pagi 1 Syawal. Buka pintu rumah jika terdengar ada tetamu yang memberi salam. Jangan malas untuk membuka pintu atau melengah-lengahkan masa untuk menjemput tetamu masuk kerana mereka akan menganggap anda tidak suka kedatangannya.


2. Menyediakan jamuan yang termampu

Orang-orang tua pada zaman dulu memang sangat suka menerima tetamu dan melayan mereka dengan sehabis baik disertakan dengan hidangan kelas pertama. Namun ia mengikut kemampuan tuan rumah untuk menghidangkan jamuan kepada tetamu yang datang. Jika tidak mampu, memadai dengan makanan yang biasa saja. Kalau hanya terdapat air ‘bujang’ atau biskut kering saja, tidak salah untuk menjamu mereka.


3. Menunjukkan wajah yang manis

Senyum ketika menerima tetamu tidak kira siapa juga mereka itu pada anda. Ingat jangan sesekali membuat muka yang tidak senonoh atau tidak disenangi di hadapan tetamu kerana mereka akan terasa hati dengan perlakuan anda. Walaupun ketika itu anda dalam keadaan penat agar tidak timbul fitnah di belakang anda nanti.


Apa pula peranan kita sebagai tetamu?

Adab sebagai tetamu harus dihayati agar hubungan yang ada kekal harmoni. Namun sebagai remaja, perlu ingat juga adab sebagai tetamu agar tuan rumah tidak jelek dengan kerenah yang anda tampilkan. Sedangkan Islam menggesa umatnya agar saling bermaafan pada Hari Raya dan tidak lupa dengan adabnya.


1. Mengunjungi rumah kawan pada waktu yang sesuai.

Elakkan pergi beraya ke rumah kawan pada waktu malam kerana berkemungkinan tuan rumah itu sedang berehat selepas penat melayan tetamu pada siang hari. Tetamu juga diingatkan agar tidak duduk dan bersembang dengan tuan rumah terlalu lama sehingga mengganggu urusan peribadi tuan rumah yang lain.


2. Berilah salam sebelum masuk ke rumah.

Adab sebagai seorang Islam sebelum masuk ke rumah orang lain haruslah memberikan salam dan selepas salam dijawab oleh tuan rumah, baru tetamu boleh masuk ke rumah tetapi jika salam tidak disambut, tetamu mesti menunggu dengan sabar di luar rumah sehingga tuan rumah keluar dan menjemput masuk.


3. Elakkan mata daripada meninjau keadaan di dalam rumah.

Perkara ini yang sering kali tetamu amalkan di mana suka melihat barang-barang atau almari kabinet tuan rumah terutama jenama yang digunakan. Sikap ini tidak harus anda lakukan semasa di rumah orang lain. Namun jika tuan rumah baru membeli barang baru sebagai perhiasan di rumah dan anda teringin melihatnya, minta izin dulu daripada tuan rumah sehingga dia membenarkannya.


4. Memuji makanan yang disediakan.

Harus diingatkan agar anda bermanis mulut ketika menjamah makanan yang tuan rumah sediakan. Cuba ikhlas dalam kata-kata pujian itu tetapi jika makanan yang dihidangkan tidak memenuhi cita rasa anda, jangan sesekali memberikan komen negatif yang tidak enak didengar.


5. Tidak tunggu di hadapan pintu rumah.

Selepas memberi salam anda berdiri dan tunggu tuan rumah membuka pintu di tepi dinding yang berhampiran dengan pintu rumah. Ini bertujuan agar tuan rumah tidak malu jika pakaian yang dipakainya terdedah atau menampakkan aurat. Tetamu juga harus menunggu dengan sabar dan memberi masa kepada tuan rumah untuk menjemput masuk. Sebelum pulang ucapkan terima kasih dengan layanan yang diberikan.

Lelaki Boroi Lepas Kahwin

Kenapa lelaki boroi lepas kahwin? Suami Boroi Tanda Bahagia?
Isu ini didebatkan berkurun-kurun lamanya. Lelaki akan bertambah berat badan selepas berumah tangga dan si isteri pula sukar mencari bentuk badan yang lama. Bagaimanapun, situasi ini langsung tidak dilihat sebagai satu masalah, sebaliknya ia hanya dianggap satu perkara normal.

“Bahagialah selepas kahwin, itu yang perut sudah ke depan,” itulah alasan klise bagi mereka yang menegur.

Perubahan ini sememangnya mencacatkan penampilan. Sebetulnya, masalah pertambahan berat badan satu-satunya ancaman kesihatan yang sukar dielakkan, namun bahayanya ia langsung tidak dilihat serius oleh kebanyakan pihak.

Lelaki bujang lebih cenderung hidup aktif, kurang makan dan kurang waktu rehat. Ke sana dan ke mari bersama teman-teman dan setiap masa dipenuhi aktiviti. Malah waktu dan pola pemakanan mereka juga tidak menentu. Lebih-lebih lagi lelaki yang hidup berjauhan daripada keluarga.

Oleh kerana itu, hampir semua lelaki bujang mempunyai bentuk badan menarik dengan perut kempis dan berat badan mereka sekitar 55 hingga 75 kilogram. Namun selepas seseorang lelaki itu mendirikan rumah tangga, dari setahun ke setahun berat badan mereka akan bertambah. Rata-rata mereka sudah tidak lagi hidup aktif.

Lebih banyak masa dihabiskan bersama anak dan isteri di rumah. Jadual makan yang teratur, tambahan pula apabila mendapat isteri pandai dan gemar memasak. Lelaki akan berasa selesa selepas berkahwin kerana ada isteri yang akan menyediakan makanan dan mudah bagi mereka untuk makan.

Berbanding wanita, yang bujang masih tetap memasak. Jadi mereka akan terus memasak selepas berumah tangga, malah menurut kajian wanita akan lebih minat memasak selepas bersuami.

Mereka mula gemar mengumpul resipi dan menonton rancangan masakan. Mereka tertarik dengan aksesori dapur seperti set kuali, periuk dan peralatan memasak walaupun pada zaman bujang mereka tidak begitu.

Apabila dapat menyediakan satu hidangan untuk suami dan melihat suami memakannya, isteri akan berasa cukup puas. Itulah hakikat dan realitinya jika ditanya kepada wanita bergelar isteri.

Selepas berkahwin, kebanyakan lelaki tidak punya banyak aktiviti yang dapat mengeluarkan peluh. Jadi lemak daripada pemakanan mereka akan mula berkumpul di perut. Lama-kelamaan perut mereka akan mula membuncit atau dalam istilah lain boroi.


Perut ke depan selepas dua tahun

Terdapat dua jenis lelaki boroi, pertama lelaki dengan berat badan bertambah, gemuk dan berperut buncit manakala jenis kedua pula adalah lelaki itu akan bertambah berat badannya tapi masih lagi kurus, cuma bahagian perut saja membuncit.

Walaupun pakar sains tidak dapat menjawab yang lelaki boroi tanda mereka bahagia hidup berumah tangga, tetapi melalui kajian ia terjawab dengan mudah.

Hampir 92% lelaki berkahwin akan boroi selepas dua tahun dan ke atas tempoh perkahwinan. Malah statistik perceraian juga melaporkan hampir 89% kes perceraian berlaku kepada suami yang ‘slim’ dan masih tampan. Berbanding kadar perceraian yang membabitkan suami boroi hanya sekadar 19% kes perceraian.

Mungkin anda terperanjat sekarang, namun itulah hakikatnya. Jadi beruntunglah kepada mereka yang mempunyai suami boroi. Malah kajian yang sama ada menyebut yang lelaki boroi lebih penyayang dan berfikiran jauh serta lebih mementingkan rumah tangga.

Persepsi lelaki dan wanita cukup berbeza. 97% suami mula jemu atau mengelak untuk mengadakan aktiviti seks bersama isteri mereka apabila wanita itu mula gemuk, semakin tidak terurus, kurang perhatian kepada suami, melebihkan anak-anak dan apabila si isteri tidak lagi menitikberatkan penampilan.

97% kes perceraian datangnya daripada masalah isteri sebegini.

Jadi awas dengan penampilan anda. Namun sebaliknya pula bagi isteri. Isteri tidak memandang ke arah rupa paras suaminya selepas berkahwin. Cukup sekadar merapi rambut dengan cantik dan berpakaian kemas, isteri akan terus setia menyayangi suaminya meskipun si suami semakin bulat.

Selalunya suami akan terus mengimpikan isteri cantik dan menarik sepanjang usia perkahwinannya tetapi isteri hanya sekadar mengimpikan suami yang bertanggungjawab dan penyayang. Rupa paras suami seperti boroi, botak dan bau badan bukan lagi ukuran buat mereka sepanjang tempoh perkahwinan.

Walaupun dengarnya seperti tidak adil atau berat sebelah, namun itulah budaya yang sudahpun diterima sejak dulu lagi. Percaya atau tidak, ada juga sebuah blog yang menyenaraikan satu laporan kajian yang menyebut hampir 77% wanita berkahwin memakai susuk pada zaman dulu untuk memastikan suami mereka akan terus setia.

Lihat saja potongan pinggang mereka yang digelar pinggang kerengga, buah dada yang terletak cantik dipadankan dengan kebaya ketat, punggung padat dan bersanggul tinggi. Itulah kekuatan seorang perempuan.


Berisiko hidap diabetes dan jantung

Perut kempis dan kemas bukan saja menambah keyakinan diri seorang lelaki, malah yang lebih penting ia mencerminkan kesihatan pemilik tubuh itu. Maka tidak hairanlah ramai dalam kalangan lelaki berusaha untuk mengekalkan perut menarik dengan susuk gaya menggiurkan.

Terdapat kajian membuktikan lelaki yang memiliki tumpuan lemak di kawasan perut atau disebut juga memiliki bentuk tubuh seperti buah epal, lebih berisiko terkena penyakit diabetes, angin ahmar dan jantung.

Sebelum mentafsir kegemukan dan kaitannya dengan beberapa penyakit berbahaya, seharusnya lelaki mengambil inisiatif dengan melakukan ujian BMI (indeks jisim tubuh). Ini bagi menentukan tahap kegemukan badan seseorang.

Ada kaitannya dengan penyakit jantung pula? Perut buncit dikatakan berkaitan dengan penyakit jantung tapi bukanlah secara langsung. Jika dikatakan kegemukan tubuh keseluruhan, ia secara langsung berkaitan dengan penyakit jantung.

Sindrom itu dinamakan sindrom metabolik. Antara penyakit lain berisiko secara tidak langsung ialah darah tinggi, pradiabetes dan kolesterol tinggi. Semua ini ada berkaitan dengan jantung. Contohnya jika seseorang itu menghidap darah tinggi, individu itu boleh terkena serangan jantung dan diabetes.

Faktor utama buncit disebabkan pemakanan yang tidak seimbang dan kurangnya bersenam. Kedua-dua ini menyebabkan lelaki berisiko tinggi menghidap kencing manis dan masalah kolesterol.

Justeru, jangan hanya menggaru kepala atau terdetik bimbang dalam hati. Kepada lelaki boroi atau hampir ke tahap obesiti, ubah gaya hidup anda.


Ubah gaya hidup

Secara umumnya, seorang lelaki itu harus kurangkan makanan bergoreng dan berkolesterol tinggi. Kurangkan pemakanan berunsur karbohidrat seperti nasi putih, roti putih, kentang, kuih-muih serta kurangkan pemakanan berkalori tinggi seperti berlemak atau berminyak.

Disyorkan mengambil lebih sayur-sayuran dan buah-buahan seperti epal, betik dan limau namun tidak digalakkan ialah tembikai, mangga serta durian.

Lelaki juga digalakkan memakan lebih protein daging putih seperti ikan dan ayam (bukan bergoreng) serta kurangkan mengambil daging merah. Jangan mengamalkan pengambilan minuman yang bergas kerana ia mengandungi gula yang tinggi.

Gaya hidup pula mesti berubah dengan melakukan senaman 30 minit sehari sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Senaman yang disyorkan adalah berjalan secara cepat. Sekiranya seseorang lelaki itu disahkan menghidap penyakit diabetes atau jantung, mereka masih boleh melakukan senaman dan mengamalkan corak pemakanan lebih sihat, cuma sebagai tambahan, mereka perlu mengambil ubat-ubatan tertentu untuk mengawal penyakit mereka.

Apabila seorang lelaki semakin meningkat usia, hormon testeron semakin berkurangan. Oleh itu mereka lebih cenderung untuk gemuk terutama di bahagian pinggang.

Kesimpulannya, orang buncit sebenarnya meninggikan risiko mendapat penyakit diabetes jika ia tidak dikawal melalui pemakanan dan senaman.

Rahsia Wanita Cantik

(wawa zainal)gambar sekadar hiasan
Rahsia Gadis Wanita Mengekalkan Kecantikan dan Keayuan

Setiap Wanita pasti memiliki keinginan untuk kekal cantik dan ayu, dan kita juga percaya setiap wanita memiliki petua kecantikan tersendiri. berikut beberapa petua untuk mengekalkan kecantikan dan keayuan seorang wanita.

1) Menjaga kejelitaan semulajadi (natural beauty) dengan tidak memakai bahan-bahan luaran tetapi menjaga emosi, fizikal dan mental. Gunakan masa untuk perkara yang berfaedah dan tentukan wawasan secara objektif, jangan banyak angan-angan. Tidur awal setiap malam dan bangun awal setiap pagi untuk solat subuh. Jangan tidur siang hari

2) Menjaga suara. Latih diri bercakap dengan nada yang lembut, tidak sengau atau suaranya terlalu kuat.

3)Menjaga cara berkata-kata. Biasakan menggunakan perkataan yang melambangkan keluhuran budi seperti 'tolong' serta 'minta maaf'. Jangan gunakan perkataan yang terlalu beremosi seperti bosan, sakit hati, menyampah, benci dan sebagainya kerana ia akan menyebabkan muka jadi berkerut dan masam.

4) Menjaga kulit. Keebrsihan sentiasa dijaga. Makanan yang berupa ulam-ulam yang wangi serta sayuran dan buah-buahan segar patut selalu dimakan. Gunakan sabun yang tidak merosakkan kulit.

5) Menjaga muka. Tangan perlu sentiasa bersih dan lembut. Jangan gunakan bedak yang bukan-bukan. Selalu menggunakan bedak sejuk untuk menjaga kulit muka. Jangan banyak berangan.

6) Menjaga rambut. Ia mahkota kejelitaan gadis. Bersihkan rambut tapi jangan terlalu kerap. Bila bersikat, ulangi sikatan ke seluruh bahagian kepala 100 kali untuk menjadikan rambut subur dan berkilat. Ramai lelaki suka pada gadis berambut panjang tapi kemas.

7) Menjaga cara berberjalan. Latih cara berjalan. Jauhi dari berjalan mengengkang atau tangan terlalu dihayun. Langkah jangan terlalu besar. Berjalan jangan terlalu laju. Badan jangan terlalu membongkok atau tegak. Leher jangan terteleng (senget sebelah). Muka elok ditundukkan sedikit.

8) Menjaga gerak-geri. Bila duduk di atas lantai duduklah dengan cara bersimpuh. Kalau duduk di atas kerusi, eloklah sila panggung. Jangan mengangkang. Tangan jangan terlalu digerakkan bila bercakap. Cara bergerak biarlah lemah-lembut.

9) Menjaga senyum. Latihlah senyum jangan tersengeh. Tutup mulut bila ketawa. Ketawa secara sederhana. Selalu senyum tapi untuk tujuan baik.

10)Menjaga mata. Mata janganlah terlalu liar memandang sekeliling. Tundukkan mata dan memandang hanya kepada apa yang sedang anda hadapi. Jangan terlalu kerap mengerdipkan mata. Usah terlalu kerap menjeling walaupun kepada buah hati anda.

11)Menjaga kehormatan. Sentiasa bertemankan ibu atau saudara bila keluar. Minta izin ibubapa. Pakaian sopan. Pulang seawal mungkin.

12) Menjaga sikap. Taat beragama. Jangan bohong. Jauhi dari merungut. Jauhi dari menjadi amat cerewet dan jaga hati orang lain.

oleh - izza farhana

Cara Murah Rezeki

20 Amalan Cara Nak Murah Rezeki
Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat.
Diantaranya:

1. Menyempatkan diri beribadah
Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi:
“Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah .a.)

2. Memperbanyak istighfar
Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah , yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi s.a.w.:
“Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas .a.)

3. Tinggalkan perbuatan dosa
Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w.:
“… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi)

4. Sentiasa ingat Allah
Banyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya:
“(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah . Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.” (Ar-ra’d: 28)

5. Berbakti dan mendoakan ibu bapa
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda:
“Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)
Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w.:
“Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah ) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)

6. Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.:
“Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Riwayat Bukhari)

7. Tunaikan hajat orang lain
Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.:
“Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…” (Riwayat Muslim)

8. Banyak berselawat
Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.

9. Buat kebajikan banyak-banyak
Ibnu Abbas berkata:
“Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”

10. Berpagi-pagi
Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.

11. Menjalin silaturrahim
Nabi s.a.w. bersabda:
“Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Riwayat Bukhari)

12. Melazimi kekal berwuduk
Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah . Baginda s.a.w. bersabda:
“Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)

13. Bersedekah
Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam:
“Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas .a.)

14. Melazimi solat malam (tahajud)
Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah .

15. Melazimi solat Dhuha
Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi:
“Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)

16. Bersyukur kepada Allah
Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah . Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman:
“Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.” (Ibrahim: 7)
Firman-Nya lagi: “… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Ali Imran: 145)

17. Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu
Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.
Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki.
Salah satu nama Allah , al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca “Ya Allah ya Fattah” berulang-ulang, diiringi doa: “Ya Allah , bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya ‘Alim.” Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a’lam.

18. Berdoa
Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah , penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.

19. Berikhtiar sehabisnya
Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim)
Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya, hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.

20. Bertawakal
Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah . Firman-Nya:
“Barang siapa bertawakal kepada Allah , nescaya Allah mencukupkan (keperluannya) .” (At-Thalaq: 3)
Nabi s.a.w. bersabda:
“Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab .a.)

Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah akan beri “jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan) , dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.” (At-Talaq: 2-3)

Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenarnya, kuncinya adalah buat amalan-amalan takwa. Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah , lalu Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.

Maksud Mimpi Dipatuk Ular

Tafsiran Maksud Mimpi Kena Patuk Ular


Mimpi ular ini kebiasaannya adalah perkara berkaitan dengan jodoh dan perkara-perkara yang kurang elok yang berada di sekeliling kita. Contoh mimpi dipatuk ular, kebanyakan orang akan menafsirkan bahawa dia akan dipinang atau akan bertemu jodoh, baik lelaki atau perempuan. Itu ada kebenarannya, tetapi harus diingat bahawa mimpi setiap orang dan penafsirannya adalah sangat berbeza untuk setiap orang yang bermimpi

Bagi yang belum kahwin –
Pendapat umum mengatakan mimpi dipatuk ular atau dibelit ular kemungkinan adalah petanda bahawa si pemimpi akan bertemu jodoh atau memperolehi isteri/suami tidak lama lagi.
Seorang gadis yang bermimpi dikejar ular, mimpi itu kemungkinan memberi alamat si gadis akan segera dipinang orang.
Manakala jika seorang lelaki yang bermimpi dikejar ular, kemungkinan itu tandanya bahwa dia diminati oleh ramai wanita.

Lihat kekasih pegang ular -
Adapun menurut tafsiran yang ditemui, bagi seseorang yang masih bujang yang bermimpi melihat kekasih hatinya memegang ular, kemungkinan ia membawa erti si pemimpi akan mendirikan rumahtangga dengan seseorang yang berani sifatnya.

Kekasih dipatuk ular – 
Sekiranya di dalam mimpinya itu dia mendapati kekasihnya dipatuk ular, kemungkinan ia memberi alamat bahawa si pemimpi akan menghadapi kejelikan.

Gangguan jin atau syaitan? –
Namun ada sesetengah yang menyangkalnya, dengan mengaitkan sifat ular sebagai suatu simbol ancaman. Bahkan ramai juga yang percaya bahawa ular yang muncul di dalam mimpi, terutama yang bersifat pelik – diberi gambaran seperti ular hitam, ular yang berwarna kuning keemasan, ular yang sangat besar, berkepala dua ataupun ciri-ciri lain daripada ular yang biasa dilihat – kemungkinan adalah jelmaan jin atau syaitan. Justeru mimpi ular yang sedemikian dikatakan adalah simptom gejala bahawa si pemimpi itu cuba didekati atau sudahpun diganggu oleh jin atau makhluk halus.

Jika bukan gangguan jin… ?
Dikatakan mimpi itu memberi petanda akan mendapat jodoh, tetapi apa maknanya pula kalau si pemimpi tu seorang yang sudahpun bertemu jodohnya ataupun seseorang yang sudahpun berkahwin? Hmm.. apa mungkinkah bagi seorang suami yang baru beristeri satu, mungkin akan menambah ‘kuota’nya..? Dan bagaimana pula halnya jika yang bermimpi itu ialah wanita yang sudahpun mendirikan rumahtangga – sedangkan agama melarang seorang isteri mempunyai lebih dari seorang suami yang sah pada satu-satu masa!

Bagi yang sudah berkahwin – 
Menurut salah satu tafsiran yang ditemui, dikatakan bahawa sekiranya si pemimpi itu telah pun berkahwin, tetapi bermimpi dipatuk atau dibelit ular, kemungkinan itu membawa erti beliau akan beroleh kemakmuran dalam hidupnya.

Ular jadi naga – Manakala jika bermimpi melihat ular dan tidak semena-mena ular itu bertukar menjadi naga tandanya akan ada orang besar (berpengaruh atau berpangkat) yang akan menolong anda.

Ular warna-warni – 
Jika mimpi melihat seekor atau beberapa ekor ular yang berwarna-warni, dikatakan makna tersirat di sebaliknya ialah si pemimpi akan beroleh kebahagiaan.

Melihat ular yang banyak – Sekiranya bermimpi melihat ular yang banyak, maknanya akan panjang umur.

Dikepung banyak ular – Mimpi dikelilingi oleh ular yang banyak, dikatakan suatu petanda bahawa si pemimpi akan mempunyai ramai musuh.

tag : tafsir mimpi ular . maksud mimpi ular . tafsiran mimpi ular . mimpi ular besar . makna mimpi ular . petanda mimpi ular . tafsir mimpi ular besar .

Filed Under: Haiwan, Makna Mimpi Tagged With: mimpi bertemu jodoh, mimpi dibelit ular, mimpi dikejar ular, mimpi dipatuk ulart, mimpi pegang ular, mimpi ular gangguan jin mimpi dipatuk ular hitam, mimpi dipatuk ular dalam islam, tafsiran

Dipatuk Ular Dalam Mangkuk Tandas

Tel Aviv: Seekor ular dilaporkan muncul dan mematuk kemaluan seorang lelaki ketika dia duduk dalam sebuah tandas, kata paramedik di Israel semalam.

Bagaimanapun lelaki terbabit bernasib baik kerana ular itu tidak berbisa dan dia mampu berjenaka mengenai insiden itu.

Lelaki berusia 35 tahun dari utara Israel itu berkata, dia menyedari ada seekor ular menyerang selepas kemaluannya berasa panas seperti terbakar.

“Apabila saya melihat ke bawah, saya nampak seekor ular di dalam mangkuk tandas,” katanya.
Sementara itu anggota paramedik di Pusat Perubatan Rambam di Haifa berkata, mangsa masih bersemangat walaupun mengaku terkejut dengan kejadian itu.

“Walaupun ular itu tidak berbisa, patukannya meninggalkan parut pada kemaluan mangsa,” katanya.
Menurut paramedik itu, pengalaman merawat mangsa patukan ular di kemaluan lelaki adalah yang pertama untuknya. “Dia bernasib baik kerana semua ujian tidak menunjukkan ada ancaman kesihatan dialami mangsa,” katanya.

14 Gambar Paling Mahal Di Dunia


Fotografi merupakan salah satu dari cabang seni. Kamera ialah perkakasan untuk menghasilkan sebuah karya seni sama seperti pelukis yang menggunakan berus untuk sebuah lukisan. Jika anda penah meneliti gambar-gambar yang memenangi pertandingan foto yang berprestij sesebuah gambar mempunyai maksud yang mendalam yang diterjemahkan melalui komposisi sudut, pencahayaan dan warna yang sempurna. Senarai di bawah adalah 14 foto termahal di dunia yang telah terjual dan ada beberapa gambar dihasilkan oleh jurugambar yang sama.

14. Joueur d'Orgue oleh Eugène Atget. Dijual pada April 2010 dengan harga: $686,500.


Gambar ini adalah salah satu dari sini gambar ‘Picturesque Paris’ yang dihasilkan oleh Atget pada penghujung 1809. Gambar ini memaparkan pemain organ di sebuah jalan di Paris. Pemain-pemain muzik pada masa tersebut berperanan seperti surat khabar. Lagu-lagu yang dihasilkan mereka sering diilhamkan dari peristiwa-peristiwa semasa dan secara tidak langsung mereka menyebarkan berita dan idea kepada masyarakat.


13. One oleh Peter Lik. Dijual pada Disember 2010 dengan harga $1,000,000.


Gambar ini diambil oleh jurugambar lanskap Auralia, Peter Lik dan telah dibeli oleh seorang pengumpul seni yang dirahsiakan namanya. Gambar ini diambil di tebing Sungai Androscoggin di New Hampshire selepas waktu subuh. Hanya satu cetakan 'One' dikeluarkan. Menurut Lik, beliau melihat refleksi gabungan pokok birch putih, pepohon kehitaman dan kaleidoskop dedaun yang menghasilkan ilusi tiga dimensi mengkagumkan. Gambar ini diambil dengan sekali petikan.

12. Nautilus oleh Edward Weston. Dijual pada April 2010 dengan harga $1,082,500.

Nautilus adalah foto hitam-putih yang diambil oleh Edward Weston pada tahun 1927 yang menunjukkan sebuah cengkerang nautilus dengan latar belakang yang gelap. Foto ini dikatakan "tanda aras kemodenan dalam sejarah fotografi."

11. Dovima with elephants oleh Richard Avedon. Dijual tahun 2010 dengan harga $1,151,976.

Gambar Dovima with elephants diambil di Cirque d'hiver, Paris pada August 1955. Gaun yang dipakai oleh Dovima merupakan gaun malam pertama direka untuk Cristian Dior oleh pembantunya Yves Saint-Laurent.

10. Untitled (Cowboy) oleh Richard Prince. Dijual pada November 2005 dengan harga $1,248,000.

Gambar ini bukanlah gambar asli dari sebuah kamera. Untitled adalah sebuah gambar yang diambil semula (rephotograph) dari gambar original oleh Sam Abell untuk sebuah iklan rokok Malboro Man.


9. Georgia O'Keeffe (Hands) oleh Alfred Stieglitz. Dijual tahun 2006 dengan harga $1,470,000.

O'Keeffe mula mendapat perhatian oleh komuniti seni di New York pada 1916. Pada masa tersebut wanita dilarang dari mempelajari seni di kolej dan universiti di Amerika. O'Keeffe mula menghasilkan lukisan seni abstrak mulai 1910 dan dalam tempoh sedekad beliau telah meletakkan dirinya sebagai artis penting dan ikon dalam seni lukisan moden. Kedua-dua gambar (Georgia O'Keeffe Nude dan Georgia O'Keeffe (Hand)) diambil oleh suaminya Alfred Stieglit.

8. Nude oleh Edward Weston. Dijual pada April 2008 dengan harga $1,609,000.

Gambar ini adalah salah satu dari siri gambar Nude diambil pada 1925. Gambar ini hanya menunjukkan bahagian belakang badan, punggung dan bahu supaya identiti empunya badan tidak dikenali. Foto ini digambarkan sebagai "a timeless, formal simplicity that suggests a poetic rendering of a cloud formation in the sky" dan juga  “almost like a stark landscape”.

7. Tobolsk Kremlin oleh Dmitry Medvedev. Dijual pada Januari 2010 dengan harga $1,750,000.

Gambar 'Kota Kubu' Kremlin di bandar Tobolsk, Russia diambil oleh Presiden Russia, Dmitry Medvedev. Harga lelongan gambar ini telah mengatasi harga lukisan bekas presiden Vladimir Putin yang dijual dengan harga $1,200,000.

6. Billy the Kid oleh Tidak Diketahui. Dijual pada Jun 2011 dengan harga $2,300,000.

William H. Bonney (23 November1859 - 14 Julai 188) lebih dikenali sebagai Billy Kid atau Henry Antrim, yang merupakan penembak abad ke-19 Amerika yang menyertai Perang County Lincoln. Menurut legenda, dia telah membunuh 21 orang tetapi maklumat lain menyatakan dia hanya membunuh diantara empat dan sembilan orang sahaja. Gambar di atas (dipercayai satu-satunya gambar Billy Kid yang masih wujud) diserahkan sendiri oleh Billy kepada rakannnya Dan Dedrick dan telah menjadi harta milik keturunan Dendrik sehingga ia dijual.

5. Untitled #153 oleh Cindy Sherman. Dijual pada November 2010 dengan harga $2,700,000.

Karya Sherman ini berketinggian enam kaki dicetak menggunakan warna chromogenic. Ia memaparkan seorang artis sebagai mayat yang berlumuran lumpur.

4. The Pond-Moonlight oleh Edward Steichen. Dijual pada Februari 2006 denga harga $2,928,000.

Gambar ini diambil pada 1904 di Mamaroneck, New York berhampiran rumah sahabat Steichen iaitu Charles Caffin yang juga seorang pengkritik seni. Gambar ini adalah antara gambar terawal untuk fotografi berwarna mendahului teknik foto berwarna yang lebih popular: 1907 autochrome. The Pond-Moonlight telah dihasilkan secara manual dengan menggunakan gumi peka-cahaya (light-sentitive gums).


3. 99 Cent II Diptychon oleh Andreas Gursky. Dijual pada Februari 2007 dengan harga  $3,346,456, November 2006 dengan harga $2.48 juta (cetakan kedua) dan May 2006 dengan harga $2.25 juta (cetakan ketiga).

Jika dijumlahkan kesemua lelongan gambar ini adalah gambar termahal yang pernah dijual dengan jumlah harga $8.07 juta. 99 Cent II Diptychon menceritakan suasana di sebuah pasar raya. Dengan mengurangkan dan meluaskan ruang antara baris, gambar ini memberikan perasaan yang hebat dan luar biasa. Penonjolan warna yang ditekankan dalam gambar 99 Cent II Diptychon menggambarkan taktik pemasaran yang berkesan oleh penjual kepada pembeli.

2. Untitled #96 oleh Cindy Sherman. Dijual pada May 2011 dengan harga $3,890,500.


Gambar ini menurut pelelong (tidak diterjemahkan untuk mengelakkan kesilapan penyampaian maksud sebenar):
Sherman adopted the personae of a teenage girl in this large, almost life-size photograph - lying supine on the floor, clutching a page torn from the newspaper classifieds. Who is this girl? Why is she lying on the floor? Is she scheming to find true love, or the brokenhearted victim of a failed love affair? The work exudes shock and confrontation through its scale and the boldness of Sherman's tight compositional framing, yet the figure at the work's center is also endearing and curiously vulnerable. Sherman places these conflicts at her work's very heart, as she questions, not only the medium of photography, but also our wider assumptions about gender and truth in the modern world... The girl in the gingham dress does not meet our gaze but instead looks off into the middle distance, as if distracted by dreams of an unrequited love affair or a romance that is still a figment of her imagination. However her schoolgirl naivety is betrayed by her freshly painted blood red nails, heavily rouged cheeks and bright red lipstick - all signs of burgeoning sexuality, all enhanced by the provocative upturned hem of her skirt...

1. Rhein II oleh Andreas Gursky. Dijual pada 8 November 2011 dengan harga $4,338,500.


Gambar termahal ini dihasilkan pada 1999. Ia adalah gambar kedua (juga terbesar) dari enam gambar yang menggambarkan Sungai Rhein. Perincian gambar yang minimalis bukan terhasil secara kebetulan. Ia telah disunting secara digital untuk menghilangan gambar asal seperti anjing dan bangunan kilang. Rhine II telah dicetak pada saiz 350cm x 200cm.